Aqim '10

Berapa bintang korang bagi untuk blog ini?

Khamis, 18 Mac 2010

Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Penilaian Menengah Rendah atau PMR adalah peperiksaan kebangsaan di Malaysia yang ditadbir secara berpusat dengan unsur penilaian kerja kursus di peringkat menengah rendah. Peperiksaan ini diambil oleh pelajar di akhir Tingkatan Tiga sekolah menengah berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Sebelum ini, PMR dikenali dengan nama Sijil Rendah Pelajaran atau SRP.

Pelajar yang menduduki PMR semestinya telah mengikuti 6 tahun sekolah rendah di bawah sistem KBSR dan 3 tahun pengajian di bawah KBSM.

PMR terbuka kepada pelajar Tahun Tiga bagi semua sekolah menengah bantuan kerajaan dan sekolah menengah persendirian (swasta) yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Para pelajar wajib mengambil tujuh mata pelajaran asas iaitu:

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Geografi
Sejarah
Kemahiran Hidup
Pendidikan Islam(hanya pelajar Islam)

Ramai juga pelajar yang akan mengambil satu subjek bahasa di antara bahasa Arab, bahasa Cina, bahasa Tamil, dan Bahasa Iban.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan